Sunday 19 June 2011

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN GURU-GURU PELATIH UTM

        Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa
penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik
seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat. Bermula dari
kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar
kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal
display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah.
Dalam era digital ini, komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Salah satu
penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) ialah melalui penggunaan komputer. Di negara kita pengetahuan dan penggunaan
komputer di sekolah semakin berkembang.
Guru dan pelajar juga digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan untuk
mendapatkan maklumat untuk tujuan P&P. Selain daripada perisian untuk pengajaran Sains,
Matematik dan bahasa Inggeris yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran, guru-guru boleh
mengambil inisiatif membina perisian mereka sendiri dengan menggunakan komputer riba yang
juga dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran menurut Kassim Abbas (2006).
Manakala CD-ROM (Read Only Memory) atau ingatan baca sahaja cakera padat merupakan
salah satu media yang dapat digunakan untuk membantu proses P&P. penggunaan CD-ROM
sama pentingnya dengan penggunaan buku rujukan. Malah kerana saiznya yang kecil ia mudah
disimpan dan dengan dibawa. Isi kandungannya pula lebih banyak dapat disimpan. Gabungan
elemen teks, grafik, audio, video dan animasi menjadikannya lebih menarik serta memudahkan
pemahaman tentang sesuatu konsep menurut Ismail Zain, (2003).
http://eprints.utm.my/10133/1/Noraziah_binti_Kassim@Aziz.pdf

No comments:

Post a Comment